Sunday 25 December 2011

7 Bahagian Tubuh Wanita Menjadikan Suami Hangat




Sesetengah wanita beranggapan rupa paras yang cantik serta bentuk tubuh yang seksi merupakan aset utama untuk memikat hati suami. Sebenarnya daya tarikan pada seorang wanita bukan saja pada wajah atau bentuk tubuh yang menggiurkan.
Menurut Medialove.allwomenstalk.com, selain rupa wajah, ada  tujuh bahagian tubuh wanita yang membuat kaum lelaki pasangan anda berasa hangat, ghairah dan bangga dengan anda.
1. Kulit Lembut
Lelaki cinta dengan kulit lembut pasangannya. Fikirkan tentang hal ini, kulit lelaki biasanya kasar sehingga mereka sepertinya mahu merasakan sesuatu yang lembut di sekitar mereka ketika berpelukan.

2. Perut
Percaya atau tidak, salah satu bahagian yang disukai kaum lelaki dari tubuh pasangannya adalah bahagian perut. Ramai wanita berusaha melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan lemak perut supaya perut mereka kelihatan lembut dan mungil.  Fakta membuktikan laki-laki benar-benar cinta akan perut wanitanya yang lembut kerana perut itu memiliki kemampuan untuk membawa anak mereka nantinya.
3. Belakang Tubuh dan Belakang Leher
Lelaki suka saat mencium pasangannya di bahagian belakang dan leher  serta benar-benar merasa cinta untuk menyentuh di wilayah tersebut. Bahagian belakang leher adalah  seksi dan unik dari tubuh wanita.
4. Lengan
Laki-laki suka tentang kekuatan lengan pasangannya tetapi dari sisi lain mereka mahu lengan pasangannya kelihatan begitu lembut.
5. Punggung
Itu fakta yang sudah diketahui umum bahawa lelaki mencintai punggung pasangannya. Punggung adalah bahagian tubuh wanita yang terlihat seksi.
6. Betis
Semua orang cinta kaki, namun secara khusus mereka mencintai betis. Lelaki begitu prihatin melihat bagaimana pasangannya berjalan, meskipun kekasihnya tidak memiliki kaki jenjang bak model Kris Jenner.
7. Tulang Selangka [bahu]
Akhirnya, bahagian terakhir tubuh wanita yang mungkin tanpa disedari begitu dicintai para pria ialah tulang selangka, tulang yang membentuk bahu dan menghubungkan lengan atas pada batang tubuh. Hal itu kerana bahagian tubuh yang terlihat sedikit misterius dan sangat indah apabila dipakaikan baju atau gaun apapun. Mereka mudah teringin untuk menciumnya, serta benar-benar dapat menarik semua perhatian! [love.allwomenstalk.com]

Thursday 8 December 2011





Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati, dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman, berkawan, & bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”

Sunday 27 November 2011

KEJADIAN YG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Semalam, 26/11/2011(sabtu), tengahari tu kami pun bersiap-siap le kenduri kahwin kawan aku yang berlokasi di Sepang...mase on the way tu. telefon berdering, rupa-rupanya dari adik ipar ku, minta tolong kami pick-up die di Tg. Malim (dalam perjalanan dari KL ke Alor Star sempena cuti Maal Hijrah, bersama lagi seorang adik ipar.
So kami minta dorang tunggu dulu sementara kami meng'attend'kan diri ke kenduri kawan aku tadi...

2.30 : Selesai majlis, kami pun terus ke Tg. Malim, Tiada apa yg berlaku dlm perjalanan ke Tg. Malim, cuma melayan kerenah 2 orang puteriku berkelahi..biasalah anak-anakku ni..kalau berjalan pada waktu siang, berkelahi le kerjanya.. :)

4.30 : Sampai ke destinasi, adik2 iparku sedang setia menanti... sementara tu singgah solat di hentiang sebelah Tg. Malim...seterusnya kami meneruskan perjalanan balik ke Nilai...

5. 30 : Hujan kadangkala lebat dan kadangkala renyai-renyai..memang perjalanan macam tu membuatkan banyak pemandu terpaksa memperlahankan kereta. Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual dengan adik-adik iparKu.. Aku nampak je sebuah kereta warna hitam memotong kami dengan laju..dalam hati terdetik juga...amboii...lajunya die nih drive hujan-hujan cmni...Tetiba aku nampak kereta hitam tadi terbabas dan berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan!!

Aku punya lah terkejut!! Aku menjerit sambil tangan aku memegang tangan suami. Aku rase sikit je lagi kereta kami nak terlanggar dengan kereta yang sedang berpusing tu. Nasib baik suami Ku dapat mengawal 'strereng' kereta. Diam seketika!! Masing-masing terkejut....cuma anak-anak Ku je yang kedengaran bergurau, berkelahi seperti biasa..macam tiada apa-apa yang berlaku!

Pertama kali dalam hidup aku menyaksikan kemalangan di depan mata. Serpihan-serpihan kereta yang hancur berselerak di atas jalan. Keadaan pemandu dan pemumpang, wallahualam kami tidak tahu. Dan Alhamdulillah..kami tidak terlibat dalam kemalangan itu. Suami aku bagitau aku..'lain kali kalau ade ape-ape kecemasan..jangan pegang tangan abang!! nanti abang tak dapat nak kawal sterring!!' Mane le aku tau...otometik terbuat camtu....dah dalam keadaan cemas...tu je le yang aku boleh buat...kan... :D

Jadinye pengajaran buatKu dan sesape saje...berhati-hati le di jalan raya...memang le ajal maut tidak dapat dielakkan..tp kita seharusnya berhati-hati dan berwaspada dlm melakukan apa saja.... :)

Friday 25 November 2011

....sesungguhnya....


...Lihatlah segala sesuatu
dengan mata hati yg suci,
pasti terbuka kunci..



ANDAI KU TAHU
Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
AIR MATA


Begitu banyak air mata telah mengalir di dunia ini.. 
Dari mata mengalir perlahan ia turun ke pipi, 
lalu terus jatuh ke bumi...

Mata itu kecil, namun airnya tidak pernah berhenti..
Seumpama aliran sungai yang mengalir ke laut tanpa pernah henti..
Dan nescaya jika ia ditadah, pastikan banjir muka bumi ini...

Bergenang air mata..
Kerana ia luahan rasa hati yang tercetus..
Berfirman Tuhan dalam kalam mulia, "Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan manusia tertawa dan menangis..." (An-Najm:43)

Ada yang menangis, kerana lembutnya jiwa..
Ada yang menangis, kerana kecewa bercinta..
Ada yang menangis, kerana rasa gembira..
Ada yang menangis, kerana terlalu hiba..
Ada yang menangis, kerana berasa diri hina..
Ada yang menangis, kerana banyaknya derita..
Ada yang menangis, kerana inginkan simpati manusia..
Ada yang menangis, kerana mengikut-mengikut manusia..
Dan ada yang menangis, kerana sekadar berpura-pura..

Air mata...
Mampukah ianya memadamkan panasnya api neraka..??
Sedang Nabi telah pun bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.."

Maka carilah air mata yang bisa menyelamatkan dari neraka..
Seumpama air mata taubat Nabi Adam yang 300 tahun lamanya..
Tanpa mendongak baginda ke langit kerana tersangat takut dan hibanya,
terhadap keterlanjuran dosa..

Terus bersujud baginda di atas gunung penuh setia..
Lalu mengalir air matanya di jurang serandip penuh hiba..
Hatta Allah menerima taubatnya dengan kalam wahyu,
"Wahai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu.."

Air mata..

Usah dititiskan kerana tidak tercapai cita-cita, itu sudah ketentuan Tuhan..
Usah dititiskan kerana menonton wayang, ia cuma sekadar lakonan..
Usah dititiskan kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukan jodoh yang ditetapkan..
Usah dititiskan kerana gagal dalam peperiksaan, ia terjadi kerana mungkin kurangnya persediaan..
Usah dititiskan kerana hilang wang di jalanan, sebab mungkin diri kurang bersedekah membuat amalan..
Usah dititiskan kerana tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu pemberian Tuhan..

Tetapi..

Simpanlah air mata buat bekalan menginsafi diri..
Atas segala kecuaian yang melanda diri..
Serulah air mata di sebalik cermin diri..
Agar menitis ia mencuci hati..

Terlanjur diri melakukan dosa baru..
Jangan sampai ia mematahkan hatimu untuk mencari redha Tuhanmu..
Kerana boleh jadi ianya dosa terakhir yang ditakdirkan untukmu..
Teruslah berusaha agar cinta-Nya menjadi milikmu.....

Thursday 24 November 2011

HUKUM WANITA HAMIL BERKAHWIN KETIKA HAMIL


MENGAHWINI WANITA HAMIL

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda berhadapan masalah sebegini atau bila perlu.