Saturday 6 October 2012

KEMAAFAN YANG TERINDAH



Akibat diri disakiti, kita membenci. Kita membenci mereka yang menyakiti kita, lantas menyimpan dendam. Dendam yang disimpan, mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci-laci hitam. Laci-laci hitam yang memenuhi hati dengan fail-fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci, berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.
Mari fikirkan sejenak. Apa yang kita perolehi daripada rasa sakit hati yang dipendam sehingga menjadi benci dan dendam?
Adakah kita berpuas hati?
Adakah kita bebas ke sana ke mari?
Adakah kita berlapang dada?
Adakah kita merasa tenang?
Adakah kita bahagia?
Jika mereka yang menyakiti kita, kenapa harus kita berdendam kepadanya? Yang salah, siapa; kita atau mereka?
Jika yang berhati busuk dan dengki adalah mereka, kenapa hati kita pula yang hitam, dan penuh dengan kebencian?
Jika kita yang teraniaya, kenapa kita pula yang memiliki amarah dalam diri? Bukankah kita yang teraniaya adalah lebih beruntung kerana doa kita berpotensi dimakbulkan Tuhan?
Allah berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)
Allah berkata lagi, “Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwaIaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:133-134)
Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya. Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita. Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam.
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.. dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita.

There Is Always Sunshine After The Rain :)

Tuesday 11 September 2012

ABOUT LOVE


ABOUT LOVE

LOVE is . . . Being happy for the other person when they are happy, Being sad for the person when they are sad, Being together in good times, And being together in bad times.
LOVE IS THE SOURCE OF STRENGTH.

LOVE is . . . Being honest with yourself at all times, Being honest with the other person at all times, Telling, listening, respecting the truth, And never pretending.
LOVE IS THE SOURCE OF REALITY.

LOVE is . . . An understanding so complete that you feel as if you are a part of the other person, Accepting the other person just the way they are, And not trying to change them to be something else.
LOVE IS THE SOURCE OF UNITY.

LOVE is . . . The freedom to pursue your own desires while sharing your experiences with the other person, The growth of one individual alongside of and together with the growth of another individual. 
LOVE IS THE SOURCE OF SUCCESS.

LOVE is . . . The excitement of planning things together, The excitement of doing things together.
LOVE IS THE SOURCE OF THE FUTURE.

LOVE is . . . The fury of the storm, The calm in the rainbow.
LOVE IS THE SOURCE OF PASSION.

LOVE is . . . Giving and taking in a daily situation, Being patient with each other's needs and desires.
LOVE IS THE SOURCE OF SHARING.

LOVE is . . . Knowing that the other person will always be with you regardless of what happens, Missing the other person when they are away but remaining near in heart at all times.
LOVE IS THE SOURCE OF SECURITY.
LOVE IS . . . THE SOURCE OF LIFE!” 

Tuesday 4 September 2012

SYAWAL 2012

Assalamuaikum..

Aduhaiii..terlalu lah lame tidak jenguk blog ku yg biase2 ini.. Bkn xde mase, bkn bz melampau...cume xde 'angin', yg bleh mendorong aku utk menulis di belog ni...dlm erti kate lain, bile dah lame x menulis belog, abes lemau!! hari ni baru terbuka hati utk menulis.. :)

Hari ni tanggal 4/9/2012, masih dlm syawal...so masih x terlambat utk aku ucap, Selamat Hari Raya aidil fitri 2012 nii... Mcm biase, raye disambut dgn penuh kegembiraan utk kau n Family..lebih2 lagi thn ini dgn kehadiran baby boyku, Muhamad Afi Rizqi, yg baru berusia 7 bln ketika mnyambut syawal ini... =)

Si ayahnye, yg pada thn2 sblm ni jarang utk mengenakan pakaian kbgsaankita, iaitu baju melayu baru(selalu pakai yg mne dah ade je.. ), tapi thn ni die plak yg beria-ria carik pakaian raye versi baju melayu utk die & kami sume, terutamanya utk si kecik kami, muhamad Afi & kakak2nye... maka baju raye kami utk thn ini, semua kaler merah!! ;D



Merah menyala-nyala makngah,kannn... Ape2 pun, kami enjoy beraya...raye pertama balik ke kg aku di KB,Kelantan...raye ketiga bertolak balik ke kg Incik Asben ke Alor Setar, Kedah...

So, jumpe lagi syawal thn hadapan, jika masih dipnjangkan umur, InsyaAllah... :)

Friday 20 July 2012

RAMADHAN 2012

Ramadhan Karim!! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan: “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

‘Ramadhan Karim’ sering diucapkan oleh masyarakat Arab sebagai penghormatan atas datangnya bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keampunan. Bulan Ramadhan digelar Karim kerana bulan ini adalah bulan yang istimewa dan menyimpan banyak anugerah Allah yang dikhususkan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, antaranya terbuka luasnya pintu taubat dan ampunan serta dilipatgandakannya pahala-pahala kebaikan, disamping rahsia agung yang tersimpan dalam Lailatul qadar-Nya.

Jika seseorang diberi kehormatan oleh orang lain dengan ucapan ‘Ramadhan Karim’ maka hendaknya orang tersebut membalasnya dengan ucapan ‘Allahu Akram’ (Allah Maha Pemurah).  Jawaban ini patut diucapkan agar kita sedar bahawa Allah adalah dzat yang maha pemurah lagi maha dermawan atas segala anugerah yang tak terhitung selama kita hidup di dunia.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya "Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah." Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." 


Tuesday 17 July 2012


ALHAMDULILLAH.....DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...

Alhamdulillah...
Saat mata dibuka pada waktu pagi, aku masih melihat...
Segarnya pagi...dan dengan mudah dan tanpa sakit udara kuhirup..
Nikmatnya terasa sampai ke dada...denyutan jantung yang berdegup..
Alhamdulillah,aku masih hidup untuk memperbaiki diri...
Ingatan kepada Yang MAHA Mencipta lahir dari fikiran pemberian-Nya...
Lantas, aku bingkas bangun menuju ke kamar mandi...
Kaki dan tangan bergerak seiringan tanpa cacat celanya..
tanpa kesukaran...
tanpa mesin dan bateri..
Hebatnya ciptaan-Mu..
Air putih deras membasahi wajah..
Bersih dan segar terasa..hebat makhluk-Mu ya Allah
Cermin ditatap lama...
Cantik...Alhamdulillah...

Ya Allah, aku bersujud menyembah-Mu di keheningan ini
Kurniakan aku kekuatan iman dan keteguhan hati dalam agama-Mu,
bibirku berbicara
Perlahan dan penuh perasaan
Terima kasih tuhan atas nikmat ibadah yang menjadikan kami
seorang hamba yang sebenar2 hamba
Doa dipohon pada yang Maha Memberi
Alhamdulillah, DIA Maha Mendengar.....

Saturday 14 July 2012

CABARAN & DUGAAN... :)


Assalamualaikum....

Hari ni saya nak bercerita sikit tentang cabaran dan dugaan dalam mengharungi pekerjaan sebagai Ejen Unit Trust CWA...macam-macam cabaran dan dugaan sebenarnya...apa-apa pekerjaan pun...mesti ada cabaran dan dugaan...sebenarnya melalui itu lah akan mematangkan dan menguatkan lagi semangat kita dalam melakukan apa-apa perkara sekalipun..
Pernah saya mengejar seorang future client seorang ni....berkali-kali batal appoinment...menunggu hampir 2 jam....semua ni bukan pernah saya lalui sebenarnya dengan pekerjaan sya sebelum ni...sungguh! Memang sangat2 memerlukan kesabaran....Dan akhirnya ending dia...alhamdulillah...memuaskan... :)
Ada jugak yang jenis beria-ria macam mahu melabur...tetapi sampai ke sudah, diam...tak apa...saya tetap sharing benda yang saya tahu dengan masyarakat...walaupun diaorang tidak mahu melabur, at-least saya dah berkongsi pengetahuan dan faedah yang bakal diorg dapat jika melabur dengan CWA...semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus bersama CWA...
Pernah jugak saya sesat ketika mencari lokasi temujanji dengan client...Itu okey lagi jika nak dibandingkan dengan layanan yang diterima di sebuah syarikat yang sangat2 dikenali baru-baru ni...layanan yang sangat-sangat biadap bagi saya....ye...semua itu memerlukan kesabarann.... huuu~ 
Memandangkan saya masih baru dalam dunia CWA ni...saya masih ternanti-nanti apakah cabaran dan dugaan untuk hari-hari yang mendatang....Pengalaman yang saya dapat setakat ini masih terlalu sedikit jikan nak dibandingkan dengan ejen2 yang dah bertahun menjadi Ejen Unit Trust ni..kann.. 
Selagi saya akan terus sabar, saya akan terus sabar berdepan dengan pelbagai kerenah manusia ni...yang penting, selain saya mencari rezeki di dalam bidang ni, dalam masa yang sama saya telah sharing tentang satu product yang sangat-sangat prihatin tentang masa depan seseorang...bukan sekadar mencari rezeki semata-mata... :)

Saturday 30 June 2012


Berminat untuk menjadikan Unit Trust Consultant sebagai kerjaya atau menambah pendapatan?


Kerjaya bermula di sini….di CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA)


Kenapa CWA mnjadi pilihan saya utk memulakan krjaya setelah saya berhenti kerja di tempat lama saya....Banyak sebabnya....
Pertamanya, saya sudah tidak berminat lagi dengan kerja makan gaji. Biarlah kita kerja dan dapat hasilnya mengikut hasil titik peluh sendiri. Kalau kita bekerja makan gaji, rasa-rasanya gaji yang kita dapat setiap bulan tu setimpal atau tidak dengan usaha juga keringat yang kita keluarkan. Dalam kerjaya ni, saya lebih berpuas hati dan dapat mengukur keupayaan diri sendiri dengan melihat hasil kerja keras sendiri.Perkara yang paling utama ialah kerjaya ni memberi pendapatan tanpa had, malah kita boleh melakukannya pada bila-bila masa di rumah atau di mana jua dengan menjadi bos kepada diri sendiri. Disebabkan hal inilah, saya membuat pilihan untuk menceburkan diri dalam Islamic unit trust. 


Pernah dengar tentang CWA sebelum ni? Kalau belum biar saya ceritakan serba sedikit latar belakang CWA. CIMB Wealth Advisors ni adalah salah satu subsidiary of CIMB Group. CWA menawarkan khidmat  pelaburan dan nasihat dalam perancangan kewangan melalui saham amanah (unit trust).


Kini, CWA bergabung dengan AIA dalam melengkapkan khidmat kepada pelanggan untuk menawarkan produk-produk insurans dan takaful yang sangat bermanfaat kepada pelanggan. Setiap dari kita seharusnya merancang perlindungan diri dan keluarga terlebih dahulu, kemudian langkah kedua meyediakan tabung atau simpanan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh, tabung persaraan dan juga tabung pendidikan anak-anak.


Yang terkini, CWA bekerjasama dengan As-Salihin Trustee bagi menyempurnakan khidmat dalam perancangan dan pengurusan harta untuk pelanggan, terutamanya yang beragama Islam. Dengan kerjasama As-Salihin Trustee, CWA menawarkan perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka seperti penulisan wasiat, hibah dan juga harta sepencarian.
Dengan ini, lengkaplah perkhidmatan kami di CWA ni untuk menjadi “Total Solution Provider” untuk para pelanggan kami, ataupun kami juga bleh dikenali dengan ‘one stop center’ oleh pelanggan kami. InsyaAllah segala mengenai kewangan kami dapat membantu.


Sekiranya anda seorang yang bercita-cita tinggi dan ingin keluar dari zon selesa anda dan mahu mengubah keadaan anda dan keluarga, juga menyumbang kepada agama dan bangsa, di sini terdapat peluang untuk anda. Berilah peluang untuk diri anda berubah dan jangan takut untuk mencuba.  Cuba renungkan kata-kata ini: 

"WHATEVER THE MIND CAN CONCEIVE, YOU CAN ACHIEVE"


Segalanya terletak pada diri anda,andai berminat jangan teragak-agak untuk hubungi saya, tak kira walau anda berada di mana... :)

Wednesday 27 June 2012

Kelebihan Pelaburan Dana Islam Melalui Skim Ahli KWSP



1. Menepati Syariah
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. Pulangan Lebih Tinggi
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana CIMB Wealth Advisors dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3. Tidak Ganggu Wang Poket
Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.

4. Menggunakan Sumber Sedia Ada
Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5. Kekerapan Menambah Pelaburan
Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

6. Wang Persaraan Lebih Tinggi
Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

7. Kepuasan Mengurus Sendiri
Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !

8. Kekerapan Melabur Dari Simpanan KWSP
Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.

9. Penjualan Balik Dan Keuntungan Pelaburan
Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.

10. Tabung Persaraan kedua
Melalui pelaburan di Unit Amanah CIMB Wealth Advisors anda akan gunakan segala keuntungan yang dilaburkan pada hari ini ketika dihari tua anda seperti KWSP juga. Ini bermakna anda akan ada dua tabung persaraan iaitu dari KWSP dan juga CIMB Wealth Advisors jika anda bijak mengambil peluang ini.


Pelaburan Unit Amanah yang boleh dapat 10-15% (KWSP/CASH) dengan CIMB Wealth Advisors


Assalamualaikum...

Ok, sebelum ni sy akan bagitau ape yg sy sdg wat kan...ok, sy bgtau lagi, sy adalah Ejen Perunding Unit Amanah secara sah dgn CIMB Wealth Advisor...
Saya nk terangkan psl pelaburan yg boleh kita buat iaitu pelaburan boleh dibuat melalui KWSP atau CASH..
Peratus keuntungan boleh mencapai 10-15% lebih tinggi berbanding dividen yg diberikan oleh KWSP, ASB atau seumpama dgnnya..
sgt menguntungkan..
Pelaburan untuk jangka masa panjang..
dimana pada umur 55 thn anda akan ada dua dana untuk menampung perbelanjaan dihari tua..
1) Duit KWSP anda
2) Dari duit keuntungan yang diperolehi hasil pelaburan anda di CIMB Wealth Advisors..
Secara tidak langsung anda telah buat persediaan dihari tua yang dibuat melalui KWSP..

Selain itu,warga carigold juga boleh buat pelaburan melalui CASH secara lump sum ataupun menggunakan installment yg boleh ditolak dari duit gaji..
1)pelaburan minimum RM1000
2)Installment bulanan minimum RM200 yg boleh dibuat secara auto debit dr gaji anda..

Cthnya, bila simpan kat ASB dividen hanya 7-8% setahun..
lagipon mufti selangor dah mengeluarkan fatwa yg ASB, ASN secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh dengan syariah atau tidak patuh dengan syariah..
so kat situ kite leh tengok yg bonus dr ASB tu dlm was2 yg kite nak guna bg anak2 atau ibu bapa kite makan sme....

ape yg saye leh bgtahu kat sini lebih baik kite laburkan dlm unit amanah CIMB yang tentu tempat dilaburkan berlandaskan syariah..
cthnye CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund..
peratus keuntungan pon lebih tinggi dari 10%-15%..
ia juga dikawal selia oleh BNM dan melalui sistem perbankan yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia..

keterangan lanjut boleh set appoinment tuk sesi penjelasan dengan lebih detail..anda boleh hubungi saya di 019-3921203... :)

Tuesday 26 June 2012

SENYUM....TAK PERLU KATA APA-APA... :)


Assalamualaikum....

Lame gile benar saya x jenguk blog sepi saye nih! perghhhh, hampir 5 bln!! Errmmmm...mcm2 yg melanda kehidupan saya sejak dua menjak yang membuatkan kemalasan utk meng'update blog nih terasa begitu malas sekali!
Dan hari ini, beban yang ditanggung saya telah nyah dari kepala saya..terasa begitu aman sekali...(kenape saya gune ayat formal sgt2 nih???)....
Okey...bermula dari saat saya tulis update blog ni...saya telah melangkah ke dunia baru yg begitu asing bagi saya...dan saya percaya, perubahan itu penting untuk saya...InsyaAllah saya akan lalui semua ini dengan kuat, tabah dan sabar... :)






Thursday 29 March 2012

KEPUTUSAN PALING MENGEJUT 2012

Assalamualaikum...lame benar tak jengah blog ni....hampir 2 bln...masa n keadaan yg sgt2 tidak menizinkan....
Dan hari ni...29/3/12, saya telah buat satu keputusan yg sgt2 drastik...... >.<

Setelah saya pikir...saya berbincang dgn suami...maka, saya rasa setakat ini lah rezeki saya dgn keje sy skang ni....huhu...sedih sbnarnye..tp saya terpaksa buat keputusan ini demi masa depan saya..
Saya ada perancangan yang lebih bagus ...dan saya harap, ini adalah keputusan saya yang paling betul...Doakan saya berjaya dalam apa jua bidang yg akan saya ceburi nanti...aminn...


Wednesday 8 February 2012

Assalamualaikum dan slmt petang.... :)

Waaaaahhh...lame betul aku x wat entry terbaru...hehhee..ukan ape...sibuk arr..maklum arr, anak sulong dah start sekolah...anak no. 2 dgn ragam die...n opkos arr baby Afi yg kdg2 baik n kdg2 x berape nak baik mood die...n lagi satu, sibuk menelaah blog orang yg dah expert...dan hari ni....................
.....taraaaaaaaaaaaaaa!! header baru aku...hasil dari kajian!!(mcm la berat sgt nak wat header..pdhal senang je..aku jek yg masih x reti sehinggalah hari ni baru pandai!)hehhehehe...

                                           
Amacam?? Cun x aku punye pict untuk header ni??? kire ok la kan...budak baru belajoo!.. :)

Sunday 29 January 2012

ANTARA TUGAS RUMAHTANGGA & BERINTERNET??

Assalamualaikum..... :)

Dua tiga hari lepas boleh dikatakan hari-hari aku buat entry peribadi kat sini....semangat sangat-sangat....
Tiba-tiba start je anak sulung aku bersekolah (Isnin, 30/1/2012) terus rasa tak sempat nak update entry yang latest...bukan ape...tengah-tengah ade idea...time tuu jugak ade jeee benda yang nak disetelkan...pastu terus hilang idea tu...pastu timbul je idea terpakse stop coz ade keje lain plak...maklum la...sekarang ni kan tengah bercuti antenatal...mkasudnya anak dah bertambah menjadi 3...(dah 3 orang anak rupenya aku!)...so bile dah bertambah ni...makanya bertambah banyak le keje-keje umah yg harus aku bereskan...lagi-lagi anak sulung aku, Nurdamia dah mula bersekolah darjah 1...urmmm...bayangkan sendiri la ea...mane nak uruskan baby..mane nak uruskan kakak yg no. 2 tu...(yg sedikit meragam dari yg lain!)...semangat nak wat entry pun langsung berkurangan...tapi insyaAllah ade je mase terluang aku akan buat entry terbaru..lagipun bukan ade sesape yg sudi bace pon belog aku....sekadar syok sendiri je la.....

Tapi satu yang aku x boleh tinggal...sesibuk mane pon aku...internet tetap jadi keutamaan..aku akan ON je internet tu walaupun aku xde kat depan netbook merah kesayangan aku ni....aku bukak le ape-ape..macam YM ke...FB ke...belog-belog yang aku suke bace ke..dan sambil-sambil tu aku pegi le buat ape-ape kije umah yg mesti aku selesaikan...pastu ade je waktu terluang sikit, aku jenguk le netbook aku yang dah sedia ter'ON' tu...ok x camtu???hehheee

Bagi aku yang dah terbiase dengan internet bertahun-tahun lamenya...mmg x sah hidup kalau x ade hubungan dengan alam maya ni...x tau la orang lain camne...sebab bagi aku melalui internet ni la aku boleh tau perkembangan semasa, x kira la perkembangan dalam negeri ke..luar negeri ke..perkembangan kenkawan...info semasa yang banyak manfaat...dan macam-macam lagi layang aku boleh dapat kat internet ni...yang baik, yang x baik..macam-macam ada!! klik je terus keluar!

jadi terpulang pada individu untuk menggunakan hubungan alam maya nih camne..kalau baik niatnye,...baik le jadinye...kalau jahat niatnye,..jahat le jadinye! masing-masing ade akal dan fikiran...masing-masing boleh berfikir mane yang baik dan mane yang buruk....tepuk dada, tanye selera....ok.\, ...selamat berinternet... :)

Saturday 28 January 2012

BreakFast Di Hari Minggu..Lagi2 nasi Lemak..


Assalamualaikum n selamat berhari minggu semua... :)


Wahhhh...sejak dah pandai karang cerita-cerita peribadi kat belog ni...hari-hari nak buat entry baru yee....baguss.baguss..ade kemajuan...hihi


Sebenarnya tengah tunggu kakak aku yang datang dari Klang nmi..saje jenjalan ke rumah aku sambil makan breakfast sesame..so En. Asben pun kuar beli breakfast kat tempat biase die beli le tadi..dah balik dah pun...dan breakfast itu adalah NASI LEMAK.... 


Biasa sangat-sangat kan nasi lemak...asyik-asyik nasi lemak...memane pegi, nasi lemak tetap tidak ketinggalan untuk breakfast..dah macam rutin orang-orang Malaysia pulak... Tapi sebenarnya inilah Melayu kita.,yang mana nasi lemak menjadi lambang kemelayuan yang terus di ikuti oleh semua bangsa...kalau x caya, cuba perhatikan...semua bangsa boleh makan nasi lemak, kan... ini lah yang dinamakan 1 Malaysia!! (betui ke 1 Malaysia???) (',')


So kesimpulannya...bukan suatu benda yang pelik jika rata-rata tempat di Malaysia ni bermenukan nasi lemak untuk breakfast....sebab memang dah jadi perkara biasa..tiada apa yang nak dipertikaikan...tah ape yang aku merepek pepagi ni pun x tau la...ini pasal Nasi Lemak untuk breakfast je....hehehe~

Friday 27 January 2012

RAKAN TERTEMBAK RAKAN SENDIRI SEMASA BERBURU??!

Assalamualaikum.....

Waaahhh....semangat betul aku hari ni....asyik ade je entry terbaru belog aku nih! harap2nye semangat camni ade sampai bebile la eaa... :)

Tadi sambil baring-baring tengok berita..ade satu berita pasal seorang lelaki yang mati sebab terkena tembakan dari rakannya secara tidak sengaja...kisahnya diorang pergi berburu...si rakan tadi ingat buruan dia la yang tengah gerak-gerak tu...pelagi terus la dia tembak...rupa-rupanya bukan binatang buruan yang ditembak...rakan sendiri yang terkena! Sudahnya ajal rakannya sampai disitu juga.Innalillahiwainnailaihiroji'un..

Bukan ape..sebab dah banyak kali kan kite terdengar pasal kes-kes macam ni....banyak dahh...kes yang serupa...nape ekk??...agaknye diorang berpecah haluan masing-masing untuk memburu binatang kesukaan masing-masing kot...pastu bila dah terpisah...ade benda gerak-gerak di sebalik hutan ke..semak ke...tembak la..pelagik! Tanpa sedar benda yang ditembak tu adelah rakan sendiri!

Takut kan....kesian pun ade...bayangkan yang mati akibat terkena peluru sesat macam tu adalah seorang ayah yang sedang menanggung keluarga..ade anak kecil..isteri yang tak bekerja...tentu kawan yang menembak tadi sesal tak sudah kan....Tapi nak buat camna..kena le terima walau ape jua keadaan...Ingat...jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah....mati sebab tertembak oleh rakan sendiri tadi cuma lah penyebab...kalau dah Allah kata si polan bin si polan mati hari ni jugak...kita tak boleh nak mengelak walau sikit pon.

Cuma diharap sesipa yang xleh nak buang minat berburu binatang menggunakan senjata seperti senapang ke..pistol ke..dan yang seangkatan dengannye...berhati-hati la...jangan le jadikan hobi anda itu satu mimpi ngeri pulak lepas ni..seronok-seronok keluar untuk memenuhi hobi..tup-tup jadi tragedi pulak...sesal tak sudah jadinye!

Assalamualaikum...

Hehe..kembali lagi dgn coret sesaje... :P

Abis laa....aku dah jadi gile belog dah ni!! ckit2 tgk belog!..ckit2 jenguk belog! Baru aku faham ini le yg dikatekan 'blog maniac' nih! Ini baru permulaan...banyak lagi benda yang aku cube selongkar kat belog2 nih...time bercuti panjang camni boley la nak selongkar ke..tgk ke..jenguk ke..tenung ke....kalau mase tu aku dah start keje camne ekk??? aihhh..nak seribu daya kan..x nak seribu dalih! betul x?
So...aku plan bile aku dah start kije nanti...ade je waktu terluang, aku akan tulis entry ape yang aku rase aku nak tulis...alaa..bukan susah pun kan...tulis je ape yang terbayang di kepale....pastu jadi le entry terbaru..betul x??!  ;D

Sebenarnye ade le jugak kije umah ni..tapi aku wat2 cam x de kije je....wat2 bizi ngn belog nih, yang dah pon menjadi rutin harian aku sejak 2 menjak ni....tapi x de le sampai aku lalai terus ngan keje2 umah tuu..cumemelambat-lambat sikit jee...last2 abis jugak kije2 tu aku buat....En. Asben pun x de bising2 sgt...maksudnye die pom paham le dengan kebizian hobi wife die tu.... ahaks~

So....ini le entry terbaru aku pade saat ini.....jap2 lagi aku masuk balik..tengok le kalau x caye....heeeee~~

Thursday 26 January 2012

Assalamualaikum....

Sedang edit2 ape yg patut kat belog aku nieh...adehhh...susah jgk ye nak memahami application yg ade dlm ni kan....xpe..xpe....aku akn slow2 belajar....x wat ape2 le jwbnye sejak 2 menjak nih...melainkan mengadap netbook merah comel aku ni....nasib baik En. Asben x tegur..ataupun lagi 2,3 hari bile dah melampau sgt aku asik dok mengadap netbook ni die akntegur...ataupun die x akn tegur sebab die paham aku sedang bercuti lame ni.... harap2 die paham la... :)

So x de ape2 yg menarik arr skg nih..melainkan aku sibuk menelaah belog yg baru menjadi hobi n rutin baru ku ni....best jgk ye bile dah jadi blogger ni...singgah menyinggah..komen mengomen...dan mcm2 info yg aku dpt kat cni....yg baik jadikan ikutan..yg x baik tu, jauh2kan lah... :)
Assalamualaikum...

Lame jgk x tulis ape2 kat cni kan...bukan bz ape..cume bz bace belog2 yg pada firasat aku sgt2 menarik...sebenarnye hari2 online internet...tp tu la..cbuk menelaah belog org...hingga belog sendri pun terabai... :)
Setelah aku teliti setiap belog2 yg aku suke singgah tu kan..aku dapati belog yg punya follower tertinggi n ramai penyinggahnye adelah belog yg punyai rutin sdn. bhd...maksudnye belog yg memaparkan tulisan berbentuk peribadi...dan penulisan belog2 itu sunggug kreatif, sekaligus menarik minat pembaca untuk terus memolow belog tu...
Jadi mulai hari ini...bukan setakat info semasa yg ingin aku kongsikan disini..(ade ke pembaca belog aku ni??)...tp juga penulisan aku sendri yg berbentuk peribadi..luahan daripada hati aku sendri...dan aku nak jadikan belog ni macam diari aku...InsyaAllah kalau aku berkesempatan la..lgipun aku pun baru belajar berbelog ni...tak pandai sepenuhnya lagi...masih banyak yg aku kena pelajari...tu psl la aku suke bace belog2 org sekarang nih... :)
So....hari ini aku mulai dgn entry ini...jap2 l;agi kalau berkesempatan, aku akn masukkan lagi entry lain yg keluar dari fikiran aku sndrik... :)

Monday 9 January 2012


12 FAKTA LELAKI !

        1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.                                                                               

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

10. Lelaki dan Ego 
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

p/s : Benar atau tidak, wallahualam... :)


BUKTI JUMLAH LELAKI LAGI RAMAI DARI PEREMPUAN DI MALAYSIA !


siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Sebenarnya, di Malaysia, itu semua mitos semata-mata...! Kepercayaan yang direka-reka. TcrAiN masih ingat lagi, Banci Penduduk tahun 2005 melaporkan yang sebaliknya. 

Kemudian...

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga melaporkan bahawa nisbah lelaki kepada wanita di Malaysia ialah 106:100.

Tengok inilah...

Berita Harian 30 Julai 2011... Apa? Tak percaya?

Mengikut negeri pula, bagi setiap seratus wanita, Pahang dilaporkan mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Jadi apa lagi wanita... jangan terburu-buru pilih lelaki... anda masih mempunyai banyak pilihan! :)

Sunday 8 January 2012

Thursday 5 January 2012


44 PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq11o2TB-TvhtI0K2H0DGE7MPiIj_mf9IKf6A6GbErDP8mr3hBfH8h-vviOgrENSI0XE8CeBdLHNRKUBpMDZO54eD0moJhNv_gi72di2lVBmC3XrhrrliKsEH8NkNfzgcw9rNM8d2Zu9M/s320/2537388334_6ed2c4dee7_m.jpg

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat