Friday 20 July 2012

RAMADHAN 2012

Ramadhan Karim!! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan: “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

‘Ramadhan Karim’ sering diucapkan oleh masyarakat Arab sebagai penghormatan atas datangnya bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keampunan. Bulan Ramadhan digelar Karim kerana bulan ini adalah bulan yang istimewa dan menyimpan banyak anugerah Allah yang dikhususkan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, antaranya terbuka luasnya pintu taubat dan ampunan serta dilipatgandakannya pahala-pahala kebaikan, disamping rahsia agung yang tersimpan dalam Lailatul qadar-Nya.

Jika seseorang diberi kehormatan oleh orang lain dengan ucapan ‘Ramadhan Karim’ maka hendaknya orang tersebut membalasnya dengan ucapan ‘Allahu Akram’ (Allah Maha Pemurah).  Jawaban ini patut diucapkan agar kita sedar bahawa Allah adalah dzat yang maha pemurah lagi maha dermawan atas segala anugerah yang tak terhitung selama kita hidup di dunia.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya "Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah." Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." 


Tuesday 17 July 2012


ALHAMDULILLAH.....DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...

Alhamdulillah...
Saat mata dibuka pada waktu pagi, aku masih melihat...
Segarnya pagi...dan dengan mudah dan tanpa sakit udara kuhirup..
Nikmatnya terasa sampai ke dada...denyutan jantung yang berdegup..
Alhamdulillah,aku masih hidup untuk memperbaiki diri...
Ingatan kepada Yang MAHA Mencipta lahir dari fikiran pemberian-Nya...
Lantas, aku bingkas bangun menuju ke kamar mandi...
Kaki dan tangan bergerak seiringan tanpa cacat celanya..
tanpa kesukaran...
tanpa mesin dan bateri..
Hebatnya ciptaan-Mu..
Air putih deras membasahi wajah..
Bersih dan segar terasa..hebat makhluk-Mu ya Allah
Cermin ditatap lama...
Cantik...Alhamdulillah...

Ya Allah, aku bersujud menyembah-Mu di keheningan ini
Kurniakan aku kekuatan iman dan keteguhan hati dalam agama-Mu,
bibirku berbicara
Perlahan dan penuh perasaan
Terima kasih tuhan atas nikmat ibadah yang menjadikan kami
seorang hamba yang sebenar2 hamba
Doa dipohon pada yang Maha Memberi
Alhamdulillah, DIA Maha Mendengar.....

Saturday 14 July 2012

CABARAN & DUGAAN... :)


Assalamualaikum....

Hari ni saya nak bercerita sikit tentang cabaran dan dugaan dalam mengharungi pekerjaan sebagai Ejen Unit Trust CWA...macam-macam cabaran dan dugaan sebenarnya...apa-apa pekerjaan pun...mesti ada cabaran dan dugaan...sebenarnya melalui itu lah akan mematangkan dan menguatkan lagi semangat kita dalam melakukan apa-apa perkara sekalipun..
Pernah saya mengejar seorang future client seorang ni....berkali-kali batal appoinment...menunggu hampir 2 jam....semua ni bukan pernah saya lalui sebenarnya dengan pekerjaan sya sebelum ni...sungguh! Memang sangat2 memerlukan kesabaran....Dan akhirnya ending dia...alhamdulillah...memuaskan... :)
Ada jugak yang jenis beria-ria macam mahu melabur...tetapi sampai ke sudah, diam...tak apa...saya tetap sharing benda yang saya tahu dengan masyarakat...walaupun diaorang tidak mahu melabur, at-least saya dah berkongsi pengetahuan dan faedah yang bakal diorg dapat jika melabur dengan CWA...semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus bersama CWA...
Pernah jugak saya sesat ketika mencari lokasi temujanji dengan client...Itu okey lagi jika nak dibandingkan dengan layanan yang diterima di sebuah syarikat yang sangat2 dikenali baru-baru ni...layanan yang sangat-sangat biadap bagi saya....ye...semua itu memerlukan kesabarann.... huuu~ 
Memandangkan saya masih baru dalam dunia CWA ni...saya masih ternanti-nanti apakah cabaran dan dugaan untuk hari-hari yang mendatang....Pengalaman yang saya dapat setakat ini masih terlalu sedikit jikan nak dibandingkan dengan ejen2 yang dah bertahun menjadi Ejen Unit Trust ni..kann.. 
Selagi saya akan terus sabar, saya akan terus sabar berdepan dengan pelbagai kerenah manusia ni...yang penting, selain saya mencari rezeki di dalam bidang ni, dalam masa yang sama saya telah sharing tentang satu product yang sangat-sangat prihatin tentang masa depan seseorang...bukan sekadar mencari rezeki semata-mata... :)