1. Menepati Syariah
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
2. Pulangan Lebih Tinggi
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana CIMB Wealth Advisors dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.
3. Tidak Ganggu Wang Poket
Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.
4. Menggunakan Sumber Sedia Ada
Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
5. Kekerapan Menambah Pelaburan
Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.
6. Wang Persaraan Lebih Tinggi
Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.
7. Kepuasan Mengurus Sendiri
Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !
8. Kekerapan Melabur Dari Simpanan KWSP
Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.
9. Penjualan Balik Dan Keuntungan Pelaburan
Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.
10. Tabung Persaraan kedua
Melalui pelaburan di Unit Amanah CIMB Wealth Advisors anda akan gunakan segala keuntungan yang dilaburkan pada hari ini ketika dihari tua anda seperti KWSP juga. Ini bermakna anda akan ada dua tabung persaraan iaitu dari KWSP dan juga CIMB Wealth Advisors jika anda bijak mengambil peluang ini.
No comments:
Post a Comment