Monday 25 February 2013

9 Nafsu 1 Akal,1 Nafsu 9 Akal 1





Assalamualaikum...



Tersangatlah lama tidak merajinkan diri menulis di blog syok sendiri ni. Hari ni aku ade terbaca pasal tajuk di atas tu... 9 nafsu 1 akal, 9 akal 1 nafsu...
So aku pun buat la kesimpulan sebegini...

Banyak yang keliru tentang ungkapan "9 nafsu 1 akal - wanita,1 nafsu 9 akal - lelaki".. Takde dalam al-Quran? Hadis pun takde yang cakap macam tu? Bagi yang masih tidak mengetahui,sebenarnya ungkapan itu ada diceritakan dalam kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri. Bagi yang sudah tau,alhamdulillah lah ye. Ada apa dengan ungkapan ini sebenarnya. Dan macam mana kisah Rabiatul Adawiyah tu?

Kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri
Rabiatul Adawiyah : Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk lelaki 1 untuk wanita.
Rabiatul Adawiyah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk wanita 1 untuk lelaki.
Rabiatul Adawiyah : Hai Hasan,aku dapat menguasai 9 nafsu dengan 1 akal,sedangkan kamu,pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.

Bila bercerita tentang nafsu,ramai yang akan terus fikir "nafsu seksual". Alamak.. Takde bende lain ke nak fikir? Korang yang makan gelojoh atau tak berenti-renti makan tu apa? Bukan nafsu? Yang aku kaki shopping ni apa pulak? Nafsu ni boleh dikatakan emosi kita. Ok,kita cerita perempuan dulu sebab aku pun perempuan. Perempuan ada 9 nafsu,1 akal. Dan aku tak rasa pelik sebab perempuan ni makhluk yang sangat sensitif dan aneh. Ya,aneh adalah perkataan yang paling sesuai. Yang aku heran,1 akal. Kenapa lebih banyak perempuan yang graduate U,belajar tinggi-tinggi,kerja bagus-bagus,pandai-pandai dalam kelas berbanding lelaki sedangkan akal perempuan tu 1 je?

Cerita budak lelaki pulak.. 9 akal 1 nafsu. Kalau yang girls kawan rapat dengan budak lelaki,kita akan perasan yang lelaki ni banyak idea nak elakkan diri dari sesuatu benda. Even dah kawen pun,dia kan cari idea macam mana nak bagitau bini dia "aku nak kawen satu lagi.". Bila dia pujuk sang isteri,nanti dapat payung emas la,masuk syurga.. Yang belum kawen pulak,pasang 2 3 girlfriend( err..yang dah kawen pon ade jugak yang pasang 3,4,5 girlfren ye~). Nanti tengah dating dengan sorang,panjang akal dia nak jumpa yang sorang lagi. Kalau nafsu,ada 1. Tapi 1 nafsu tu merangkumi banyak benda. Dia macam satu gumpalan nafsu yang besar. Dan 1 nafsu lelaki dapat mengalahkan 9 nafsu perempuan.

Kenapa kita ada akal dan nafsu? Malaikat diciptakan tanpa nafsu,haiwan pulak diciptakan tanpa akal. Kalau kita(manusia) diciptakan tanpa nafsu,jadi malaikat pulak. Kalau takde akal,sama je dengan haiwan. Jadi Allah bagi kita kedua-duanya supaya seimbang kedua-duanya. Alhamdulillah,jadilah kita sebagai makhluk Allah yang terpuji. Dan aku pun bangga jadi wanita. :)

1 comment:

  1. Men's POV: Women are so sentimental/emotional.

    Women's POV: Men can't control their emotions.

    Admittedly, when I first heard of this, I felt slightly offended knowing the fact men will take pride of them selves. (I might sound egotistical right now.)

    I am unsure whether I'll agree nor disagree with your notion. But I do believe some women hates to show or talk about their feelings/ avoid/conceal their feelings.

    ReplyDelete